HEARTBEAT TERHANGAT ~ jom klik

Saturday, December 11, 2010

Mayat Keempat Tragedi Di Cendering Ditemui

KUALA TERENGGANU: Satu lagi mayat ditemui di Pantai Pandak, Cendering, di sini petang ini, menjadikan angka kematian dalam kejadian lemas di pantai itu semalam kini berjumlah empat orang, dengan seorang lagi masih hilang.
Mayat S.Moghan, 21, ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira pukul 5.25 petang oleh orang awam, hampir lima jam selepas mayat S.Reymond, 26, ditemui pada Sabtu, dan kedua-dua mayat kini berada Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Penolong Pegawai Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Khairul Anwar Ahmad berkata operasi mencari seorang lagi pemuda, A.Vijay Kumar, 18, yang hilang dalam kejadian semalam, dihentikan pukul 6 petang ini berikutan keadaan ombak besar dan cuaca semakin gelap.
"Bagaimanapun operasi mencari di pesisir pantai diteruskan 24 jam, hanya operasi di laut dihentikan, dan ia akan disambung semula pagi esok," katanya kepada pemberita di sini.
Kejadian semalam berlaku pada kira-kira pukul 2 petang semasa enam bersaudara yang berasal dari Kampung Jawa, Klang, Selangor itu sedang berkelah di pantai berkenaan, dan selain Moghan serta S.Reymond, dua lagi yang maut dalam kejadian itu ialah kakak Reymond, Kumutha, 28, dan adiknya Roshini, 16.
Seorang lagi yang yang terlibat dalam kejadian semalam, G.Mathevii, 19, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, dan keadaannya kritikal.
Terdahulu Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Jamil ketika ditemui di tempat kejadian berkata tragedi itu bermula apabila salah seorang daripada mereka dihanyutkan ombak besar.
Beliau berkata keadaan ombak besar dan pasir jerlus di pantai itu adalah antara faktor kejadian berlaku, dan menurutnya pihak berkuasa tempatan turut meletakkan tanda amaran melarang pengunjung mandi di pantai kerana kawasan itu berbahaya.
Sementara itu bapa kepada tiga beradik yang lemas dalam kejadian itu, V.Shanmugan, 47, berkata beliau ada melarang anak-anaknya itu daripada turun ke laut semasa menerima panggilan telefon daripada mereka semalam.
"Setengah jam kemudian saya terima panggilan telefon yang memberitahu ketiga-tiga mereka sudah hilang," katanya. - BERNAMA 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KETUAAN SAYA

Daisypath Happy Birthday tickers

KETUAAN SAYANG SAYA

Daisypath Happy Birthday tickers

SEMANGAT SAYA

Daisypath Anniversary tickers