HEARTBEAT TERHANGAT ~ jom klik

Saturday, March 26, 2011

Mercu Tanda, Pencakar Langit Sertai Kempen 'Earth Hour' esok

KUALA LUMPUR: Beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda, termasuk bangunan pencakar langit, universiti dan pusat beli-belah di sini akan bergelap selama sejam, Sabtu sempena kempen Earth Hour 2011.
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, stesen minyak, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Planetarium Negara dan Sunway Pyramid berikrar menyokong kempen itu.
Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim.
Pengarah Komuniksi Pemasaran PWTC Fadzilah Said berkata semua lampu yang tidak penting di bangunan itu, termasuk di Menara Dato Onn, akan dipadam selama sejam sempena kempen itu.
"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan penggunaan lampu walaupun ada acara yang telah ditetapkan, tapi yang pasti, lampu di bahagian pentadbiran tidak akan dipasang esok," katanya.
Beliau berkata sokongan yang diberi itu penting untuk menunjukkan betapa pentingnya Bumi diselamatkan daripada mengalami kesan akibat perubahan iklim.
Sementara itu, dalam kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata usaha menyelamatkan Bumi daripada mengalami perubahan iklim perlu melangkau lebih jauh daripada sekadar memadam lampu selama 60 minit.
"Jadikan penggunaan tenaga elektrik secara bijak sebagai cara hidup kita. Ia sama mudahnya seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik lain apabila tidak diperlukan dan menetapkan thermostat sistem penyaman udara antara 22 dan 26 darjah Celsius," katanya.
Presiden Young Liberals & Democrats of Asia (YLDA) Hng Chee Wey pula berkata sokongan sedemikian sepatutnya diberi sepanjang masa, bukan sempena kempen Earth Hour sahaja.
Hng, yang juga Timbalan Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Kebangsaan, berkata walaupun langkah memadamkan lampu selama sejam itu merupakan suatu usaha kecil, tetapi ia memberi kesan besar kepada seluruh dunia apabila setiap orang memberi kerjasama.
Earth Hour adalah acara tahunan yang mengajak isi rumah serta pemilik syarikat memadamkan lampu serta peralatan elektrik selama sejam untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang isu perubahan iklim dan sebagai simbol betapa pentingnya mengekalkan kelestarian alam sekitar.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Mohamed Razeek Hussain dalam satu kenyataan berkata ikon Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Plaza Alam Sentral juga akan menyertai kempen itu.
"Sebagai jurubina, MRCB mempunyai kewajipan untuk membantu memberi kesedaran mengenai pemanasan global dan bukan setakat itu sahaja tetapi kami memutuskan untuk mengambil pendekatan pro aktif dengan menggabungkan elemen pengekalan dalam pembangunan hartanah," katanya.
Malaysia Airports Bhd pula akan memadamkan 30 peratus lampu siling terminal di bangunan terminal utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), landasan hubungan, bangunan satelit dan LCCT-KLIA.
Pengurus Besar Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd Mohammad Suhaimi Abdul Mubin berkata KLIA akan menjimatkan 194 kilowatt manakala LCCT-KLIA akan menyaksikan penjimatan 43.5 kilowatt bagi tempoh sejam.
Kempen Earth Hour itu akan menjadi lebih menarik apabila bilik-bilik di Tune Hotels di Malaysia akan menawarkan harga serendah RM5 semalam dan Rp50.000 bagi bilik-bilik di Bali, Indonesia untuk penginapan pada April.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Mark Lankester berkata tempahan boleh dibuat mulai esok sehingga 31 Mac dan hanya boleh didapati melalui talian di www.tunehotels.com. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KETUAAN SAYA

Daisypath Happy Birthday tickers

KETUAAN SAYANG SAYA

Daisypath Happy Birthday tickers

SEMANGAT SAYA

Daisypath Anniversary tickers