Alfatihah, dari DIA kita datang, dan kepada DIA jugak kita kembali..
Malam tadi dapat berita dari ayah tentang kematian sorang kawan lama dia. Akibat kencing manis. CZ memang kenal jugak.. dia satu kampung dengan ayah.. dan boleh dikatakan amat rapat jugak dengan ayah.. tapi tinggal kat KEDAH.. Arwah adalah sorang bekas askar.. Arwah berkahwin dgn orang kedah dan terus menetap kat sana.. kali pertama dan terakhir CZ jupe dia yelah masa CZ nak masuk UiTM Arau pada 2002.. sepuluh tahun lepas.. masa tu, kami memang takde sedara mara kat sane. Sehari sebelum daftar kat UiTM, kami dah sampai Kedah dan menumpang bermalam kat rumah arwah. Dulu manelah ada homestay bagai macam skrg ni.. Arwah jugaklah yg tunjukkan jalan utk kami ke sana (Arau,Perlis).. Arwah juga ringan tulang menolong kami mengangkat barang2 CZ yg penuh satu van tu ke hostel..
Kali kedua CZ jumpe dia masa CZ nak masuk sem 2, kami masih menumpang bermalam di rumah arwah. lepas tu mmg CZ tak pernah jupe arwah lagi.. penah jugak arwah balik kampung, tapi setakat jumpe dgn ayah jelah.. ayah pun bila ke Kedah, pasti jupe dgn arwah..
CZ mmg hargai sgt2 jasa arwah yg sudi tumpangkan kami sekeluarga pada 10 tahun lepas.. dan kalu bukan sebab arwah, rasanya mesti “makan buah langsat” kami nak mencari UiTM tu..
Semoga roh arwah “Ayah Nor” dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. AMIN.. Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ni..
AL-FATIHAH..amin..
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
mari kita meng"klik" terima kasih
Make Your Own Gifts Here
No comments:
Post a Comment