HEARTBEAT TERHANGAT ~ jom klik

Friday, August 10, 2012

EXAM oh EXAM

Arini CZ ada exam TBE.. apa tu TBE lain kali la CZ cite yer.. hehe

MOga CZ dapat menjawap dengan tenang.. actually CZ study last minute ni..hehe

Semoga dipermudahkan segala urusan CZ arini..AMIN.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
mari kita meng"klik" terima kasih
Make Your Own Gifts Here

Thursday, August 9, 2012

Eh June 2012

Ada juga rezeki menang contest kat majalah EH June 2012.. Ingatkan takde rezeki dah. Sebab selalu sangat hantar lambat..hehe..

Bila dah rezeki kita, walau macam mana sekalipun, ia tetap akan jadi rezeki kita.. .

Moga kita akan terus dimurahkan rezeki pada masa akan datang.. INSYAALLAH.. AMIN…

Terima Kasih EH!

Wednesday, August 8, 2012

Rezeki dari HEARTBEAT

Alhamdulilah, rezeki dari HEARTBEAT masih ada lagi.. Ni kali kedua cash out. 1st cash out bulan 1 lepas..tak sangka lepas 6 bulan boleh cash out lagi.. lama juga la nak cash out kali ke 2 kan?

Walaupun jumlahnya takdelah sebanyak orang lain, tp syukur.. sape nak bagi kan… Sebenarnya income dari HEARTBEAT ni datangnya dari belian barang dari rakan2.. CZ selalu jugak share link HEARTBEAT ni kat facebook.. dan cara tu agak berkesan.. masih ada yg sudi klik dan membeli.. so lepas ni CZ kena rajin la share link kat FB..hehe

Cash out kali ke 2 ni lebih banyak sedikit dari yg 1st aritu.. taktau nk buat apa lagi dgn duit tu.. maybe belanja mak ayah makan atau beli something kot..tak pun buat duit belanja lepas raya sebelum dapat gaji ( maybe duit tu akan dapat lepas raya, so faham2 jelah lepas raya kan)..muhahahaaha

update!!
:: baru dapat email dari HEARTBEAT.. duit sudah di bank in terus ke akaun Maybank CZ.. ALHAMDULLILAH..

  Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! mari kita meng"klik" terima kasih
Make Your Own Gifts Here

Wordless Wednesday (9)

:: sangat setuju 200 % ::

Wednesday, August 1, 2012

Fadilat dan Kelebihan Solat Terawih

Malam ke 1

Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4

Orang-orang yang mengerjakan solat Terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke 5

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan terawih malam itu.

Malam ke 7

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat terawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10

Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11

la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12

la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13

la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Terawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15

Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22

la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih pada malam tersebut.

Malam ke 25

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih pada malam tersebut.

Malam ke 27

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30

Allah S.W.T akan member penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

mari kita meng"klik" terima kasih

Saturday, July 21, 2012

Selamat Berpuasa Dari CZ

Hari ini dah masuk bulan ramadhan bersamaan 21 Julai 2012. Alhamdulilah, kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan…

Ramadhan pertama tahun ni CZ terpaksa bekerja.. huhu..dah giliran CZ keja arini…. Tapi esok (Ahad) cuti peristiwa sebab pasukan Trg berjaya menjuarai SUKMA..hehe

Di bulan puasa ni bersamalah kita perbaiki diri kita semua menjadi lebih baik dari sebelumnya. Pertingkatkan amal ibadat kita. dan semoga ibadat kita semua akan diberkati olehNYA. INSYA ALLAH..AMIN.

Niat Puasa Ramadhan

Monday, July 16, 2012

Sejuk Perut ibu mengandung

Picture di rakam tanpa disedari

Alhamdulilah…. Sejuk perut umi kamu mengandungkan kamu tajul.. .. time ni sebenarnya tajul baru je mengikut abgnya yg sedang solat. Tak sangka plak dia boleh buat cam ni..

Semoga Tajul membesar jadi anak yg baik dan soleh.. k.wa syg Ajul ...

Lagi2 Buffered Earnings

ALHAMDULILAH..

Tq NUFFNANG sbb masih sudi bagi BE baru utk blog kecik ni….

Harapnya BE ni dapat bertahan lama..

Apapun syukur atas rezeki yang diberikan...TQ Nuffnang….

:: Buffered Earnings 2012 : ke 13 => (15/07/2012) ::

Doa Murah Rezeki

:: sekadar perkongsian bersama dan juga untuk diri sendiri.. bersama lah kita amalkan doa tersebut dan semoga kita semua dimurahkannya rezeki olehNYA.. AMin..

Friday, July 13, 2012

Quaker Oat Cookies

CZ percaya semua orang yang bekerja dipejabat mesti ada “stok ringan2” kan?? Jangan salah faham plak. Stok ringan2 ni adalah makanan yg dijadikan bekalan semasa bekerja.. tapi ada jugak orang yang tak suka makan di meja kerja…. CZ kadang2 suka beli biskut yg packing comel2 macam ni utk letak dalam laci meja kerja..hehehe.. manelah tau bz kerja smpai tak sempat keluar makan… ceh, padahal suka mengunyah..haha.. ada sape2 macam CZ tak, sila angkat kening anda..wakakakaka

Quaker Oat Cookies ni CZ diperkenalkan oleh ofismate.. bila makan sekali best jugak..cookies ni pun takdelah manis sangat.. kena dgn selera CZ.. so apalagi, CZ carilah “stok “ hehe.. harga cookies ni takdelah mahal sangat. Rasenya RM4.90 utk 6 paket (setiap paket ada 3 keping)..bukan lupa tapi tak ingat la pulak..hehe

Cookies ni ada beberapa perisa. Coklat, kismis, apple.. (ni je yg CZ ingat..hehe).. tapi selalunya time CZ cari kat pasaraya perisa coklat mesti takde stok..maybe ramai yg suke perisa tu kot..

Walaupun cookies ni berasal daripada OAT, tp bila dicampur dengan buah2an,.. rasanya mmg sedap.. rasa oat dan campuran buah-buahan . kita semua kan tau oat adalah baik utk kesihatan jantung… jadi kiranya 2 in 1 la bila makan cookies ni..

Bagi yg belum mencuba cookies ni, boleh dapatkan di pasaraya dan kedai2 runcit berdekatan.. dah mcam duta QUAKER OAT COOKIES la plak..hehehe

Thursday, July 12, 2012

Penawar Stress

Amalkan 10 B

Bernafas dari dalam
Berkata : relakslah
Beribadat
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran Positif

 -zuera-

 mari kita meng"klik" terima kasih

  Make Your Own Gifts Here

DOA PEMBUKA REZEKI

  :: Bersamalah kita amalkan doa ini.. semoga kita semua dimurahkan rezeki olehNYA.. AMIN...

mari kita meng"klik" terima kasih
Make Your Own Gifts Here

Wednesday, July 11, 2012

Sunday, July 8, 2012

Facebook sebagai tempat meluahkan ketidakpuasanhati

Sebenarnya dah lama CZ dah tak update status kat fb.. bukannya apa, setelah dapat amaran lisan dari EZ, memang dah jarang sangat CZ update status.. kadang2 je..kalu dulu memang selalu sangat update..sekarang ni lebih kepada mencari kawan2 lama,, review produk2..tak pun post or tag pasal contest2 kat fb.. walaupun macam tu, tp FB tetap bukak setiap hari.. Cuma baca update dari kawan2.. kadang2 ada jugak like dan komen.. tp lebih kpd “silent reader Fb’ …hehe

Kadang2 bila difikirkan macam tak matang je kan, kalu update status,

“bau Nescafe buat saya pening kepala”

walhal air Nescafe tu depan lubang hidung je.. suka2 je nak hebohkan satu dunia ofismate satu jabatan dia suka minum Nescafe dan dia pulak tak boleh bau.. kalu nak diikutkan kami satu jabatan ni terpaksa bertolak ansur dgn dia,. Takkan buat dan minum air Nescafe kalu dia ada.. tapi ada ke dia hargai apa yg kami buat ni.. yang heran tu, bila ofismate dari jabatan lain buat air Nescafe boleh pulak bau yer?????

Suka sangat kutuk ofismate yg lain melalui FB.. ada pulak yg backup upahan..hahaha.. kalu tak puas hati tu, terus terang jelah.. bila orang tak cakap dengan dia, mula la tuduh orang lain pulaukan dia..tapi tak sedar ke awak tu yg pulaukan kami dulu??? Bila nakkan sesuatu, mulalah buat muka tembok.. tak malu!! Kadang2 tu, bila ada majlis apa ke mulalah meng”ekor” belakang kami2,, sebab kamu memang takde kawan dan takde orang yg nak kawan dgn kamu.. Padan muka!!!!

Tapi dia lupa.. ALLAH selalu tolong dan bantu hambaNYA yg teraniya.. setiap kali dia post kat FB, ada je ofismate dari jabatan lain bgtau kami… siap print screen sekali ( kami2 telah di’hide’kan dari fb dia) sebagai bukti dikemudian hari.. huhu.. setiap kali dia update status, pasti ada yg sampaikan pada kami.. kalu tak mmg kami tak tau la sampai bila2.. TQ yer pada ofismate jabatan lain.. (bukan utk batu api, tp utk mendengar penjelasan sebelah pihak lagi)

Suatu masa dulu, CZ pernah lihat dengan mata kepala sendiri dia campakkan dokumen yg CZ bg pada dia.. hina sangat ker CZ ni?? Padahal sama taraf je jawatan tu..cume dia je yg lebih lama berkhidmat..Dengan ofismate yg konon2 rapat dengan dia pun dia kutuk kat FB, dgn CZ ni apa lagi..

Pesanan utk manusia yg berlagak dan sombong. Buatlah dan hinalah kami macam mane pun..terutama pada CZ.. tau sgt dia mmg banyak mengata CZ kat fb.. buatlah sepuas hati kamu.. Hanya ALLAH yg mampu membalas “kebaikan “ kamu tu..

EZ pun dah bosan sbb ari2 dengar CZ mengadu, “tak payah amik pot sgtla pasal dia tu,, anggap jelah dia tu dinding bergerak..wakakakakaka

:: Entry ni sekadar luahan perasaan di blog.sebab CZ yakin dia takkan baca. Sape2 ofismate yg baca entry ni, uols pasti tau siapakah dia..hahaha ::

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
 mari kita meng"klik" terima kasih
Make Your Own Gifts Here

Saturday, July 7, 2012

Alfatihah

Alfatihah, dari DIA kita datang, dan kepada DIA jugak kita kembali..

Malam tadi dapat berita dari ayah tentang kematian sorang kawan lama dia. Akibat kencing manis. CZ memang kenal jugak.. dia satu kampung dengan ayah.. dan boleh dikatakan amat rapat jugak dengan ayah.. tapi tinggal kat KEDAH.. Arwah adalah sorang bekas askar.. Arwah berkahwin dgn orang kedah dan terus menetap kat sana.. kali pertama dan terakhir CZ jupe dia yelah masa CZ nak masuk UiTM Arau pada 2002.. sepuluh tahun lepas.. masa tu, kami memang takde sedara mara kat sane. Sehari sebelum daftar kat UiTM, kami dah sampai Kedah dan menumpang bermalam kat rumah arwah. Dulu manelah ada homestay bagai macam skrg ni.. Arwah jugaklah yg tunjukkan jalan utk kami ke sana (Arau,Perlis).. Arwah juga ringan tulang menolong kami mengangkat barang2 CZ yg penuh satu van tu ke hostel..

Kali kedua CZ jumpe dia masa CZ nak masuk sem 2, kami masih menumpang bermalam di rumah arwah. lepas tu mmg CZ tak pernah jupe arwah lagi.. penah jugak arwah balik kampung, tapi setakat jumpe dgn ayah jelah.. ayah pun bila ke Kedah, pasti jupe dgn arwah..

CZ mmg hargai sgt2 jasa arwah yg sudi tumpangkan kami sekeluarga pada 10 tahun lepas.. dan kalu bukan sebab arwah, rasanya mesti “makan buah langsat” kami nak mencari UiTM tu..

Semoga roh arwah “Ayah Nor” dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. AMIN.. Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ni..

AL-FATIHAH..amin..

Istana Pasir

Sumber :mukabuku

Alahai siapalah yg mempunyai tahap kesabaran yg teramat tinggi dan kreativiti yg sememangnya terbaik punye… seumur idup CZ tak pernah lagi membina istana pasir sehebat tu sebarang istana pasir pun tak penah buat hahaha

Tapi bila diperhatikan betul2 istana pasir diatas, memang kita semua dapat agak orang yg membina dan mereka bentuk istana pasir tersebut mesti seorang yang pakar dalam bidang seni bina..

Cuba kita bayangkan kalu istana pasir tersebut adalah benar2 sebuah banglo mewah.. mesti cantik teramat sangatkan..

Alangkah bestnya kalu dapat istana macam ni..

CZ: EZ, nak istana a.k.a banglo mewah macam ni se boleh tak?

EZ: Boleh syg.. nanti SEPLOH abg buatkan istana macam ni utk syg yer…

CZ : hahaha!!!!!

Tuesday, July 3, 2012

Roti Celup Telur

Suatu petang, mood untuk memasak datang.. tapi takde idea pulak nak masak ape.. so selongkar stok kat dapur.. roti je ada..huhu.. dapat la idea nak buat roti celup telur.. walaupun resepi ni teramat simple.. tapi kenyang la perut..hahaha… roti bun kosong ni ( boleh jugak guna sebarang roti kosong lain) dicelup dalam telur yang telah disebatikan~ betul ke istilah ni?? Haha…. Roti ini boleh digoreng dgn planta@majerin@mentega... CZ main rembat je ikut mana yg ada stok kat dapur..hehe goreng dengan api sederhana.. jangan sampai hangit pulak.. masak dan angkat.. Makan!!! Hehe

Inilah hasilnya

Simple je kan…boleh makan panas2.. lagi kreatif, inovatif, cemerlang, gemilang dan terbilang bila makan dgn aiskrim.. tapi bila roti ni sejuk sikit la.. nanti cair pulak aiskrim tu..hehehe

Selamat mencuba

Buffered Earnings (May-June 2012)

Semalam bila buka Nuffnang, satu BE (Buffered Earnings) dan jadi ME (Metered Earnings) huhu.. tak perasan la pulak.. yelahkan blog kecik ni BE memang tak running lama sangat pun.. cepat sangat BE jadi ME.. skrg ni ada lagi satu BE baru.. Harap BE ni boleh menepek lama2 la kat blog ni.. Apapun syukur dengan rezeki yg diberikan. Walaupun sikit, tapi lama2 jadi banyak kan.. bila dah sampai masa nanti boleh cashout.. ntah bila la..hehehe sabar..

EN NUFFNANG, sudilah kiranya menepek lama2 skit kat blog ni dan bagi BE baru..hehe
Apapun syukur atas rezeki yang diberikan...TQ Nuffnang.. Alhamdulilah

:: Buffered Earnings 2012 : ke 11, 12 => (03/07/2012)  ::

Thursday, June 21, 2012

Jom Praktis Lidah

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?"

Ketam kata,Kuketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"

Ketam ketawa,

Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!

Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "

Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"

Ketam kilas, "Kelakar."

"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.

Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat.

"kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.

Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku?

“Kan kesakitan."

Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

p/s: lenkali saya share Cerita yg bermula dengan huruf C plak.. stay tune…..

Tuesday, June 19, 2012

Buffered Earnings (Feb- Mac 2012)

ALHAMDULLILAH

Dah lama sebenarnya tak bukak Nuffnang... baru2 ni bila bukak, semua BE (Buffered Earnings) dah jadi ME (Metered Earnings) huhu.. harap lepas ni ada lagi la rezeki utk dapat BE baru.. Sudi2lah ye bagi BE baru utk blog kecik ni ye NUFFNANG…

:: Buffered Earnings 2012 : ke 3,4,5,6,7,8,9,10 (18/06/2012) ::

Monday, June 18, 2012

Ulang tahun ke -2

Sedar tak sedar sudah dua tahun rupenya aku berblogging.. masih ingat lagi beberapa tahun lepas,sekitar tahun 2009.. aku mule berjinak2 dengan blog ni semasa keje kat sebuah kolej satu ofis dgn kak na.. masa tu sorang teman selalu berkongsi cerita pasal satu blog ni… tuan punya blog ni selalu bercerita pasal keletah anak perempuannya.. masa tu aku pun teruja utk membaca blog tersebut dan menjadi silent reader.. dan bermula di situ la aku mula berminat.. tak disangka2 seorang teman lama memberikan link blognya ( telah diremove) utk aku baca.. dan aku mula belajar utk buat blog sendiri.. itupun melalui YM dan yang diajar sekadar basic je selebihnya aku xplore sendiri,hehe.. dan akhirnya terhasil lah blog ni.. TQ mama rima marissa & rima medina..

Blog aku ni adalah blog peribadi aku utk bercerita (walaupun ceritanya tidaklah sebanyak blogger lain).. kadang2 aku selitkan juga isu-isu semasa mahupun hiburan. Sejujurnya aku mahu jadikan “dairi online “ ni sebagai rujukan pada masa depan..dari dulu lagi aku memang suka tulis dairi..setiap tahun pasti ada dairi baru..hehe.. tapi disebabkan kekangan masa, banyak cerita hanya bertapa dalam draft..huhu.. masa aku utk mengupdate blog amat terhad.. Cuma setiap hari “membuka blog sendiri” adalah rutin wajib aku di ofis.dan melalui blog sendiri tulah aku “melawat” blog teman2 yg telah tersenarai dalam bloglist aku tu.. walaupun sekadar “silent reader” ..tidak pernah bersua muka, namun bila membaca nukilan blogger lain, terasa seakan rapat sangat..

Dengan blog ni jugalah bermacam2 pahit manis suka duka kehidupan telah dilalui..sekurang2nya boleh dijadikan sebagai panduan hidup aku di masa depan. Dan blog ni juga pernah menjadi “penghubung “ antara aku dan chenta hatiku.. masa tu kami terpisah disebabkan “sesuatu “, dan aku luahkan segalanya disini dan sidia telah membaca warkah tersebut dan menghubungi aku. Hubungan kami kembali terjalin…

ALHAMDULILAH… TQ ALLAH..

Dan sempena genap usia 2 tahun blog aku ni, aku akan membuat “rombakan” bloglist.. yang mana blog yg selalu aku terjah akan diutamakan.. dan aku juga akan cuba utk mengupdate blog ni selalu.. don’t malas2 lagi r… hahaha
Semoga blog ni tidak berhabuk lagi..

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday (6)

 sangat merindui ini tempat dan orang disana....

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
mari kita meng"klik" terima kasih
Make Your Own Gifts Here

Wednesday, April 25, 2012

Bersawang sudah..

Lama btul aku tak update blog ni.. mood utk berblogging mmg takde langsung.. sekadar blogwalking pada blog2 kat bloglist aku tu je.. online tu mmg setiap hari.. setiap kali buat entry hanya utk utk “bertapa” dalam draft… hahaha

Nampaknya kene cari mood utk berblogging… entry utk bulan april pun hanya SATU…. Hahaha

:: sedang mengintai  keje baru.. mau beralih angin sudah::

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday (4)

1st Winning from EH

Alhamdulilah.. disebalik kepahitan pasti ada kemanisannya..
inilah 1st winning dari majalah EH! ..tak silap, aku post borang tu dah hujung bulan.. dah namanya rezeki.. Terima kasih  EH!
Alhamdulilah..
moga lepas ni rezeki aku makin bertambah2.. bukannya tamak haloba, tp aku syukur sgt2 rezeki dari NYA..
Amin....

:: bila lah agaknya nak dapat hadiah best2 macam cute mum,  mz, ezna...huhuhu
tetap syukur atas rezeki yang diberikan..alhamdulilah..

::bertambah semangat nk join mane2 peraduan..hehe ::

note : 1st winning 2012

mari kita meng"klik" terima kasih

AKHIRNYA.... 27032012

Hmm.. berakhirnya satu dugaan yang menimpa aku.. yg pasti 11.03.2012 pasti aku akan ingat.. dan arini 27.03.2012 plak ..everything is done...
hmm.. aku pasrah dan redha terima dugaan mu Ya ALLAH.. moga aku diberikan kekuatan utk hadapinya..
insya ALLAH.. AMIN..
Aku msti kuat.. aku mesti kuat utk diri sendiri.. aku tak mahu dipandang lemah.. yang dah berlaku, biarlah berlalu.. pasti akan ada kemanisan dalam kedukaan ni... walaupun pahit utk ditelan, tapi aku pasti pahit ni akan MANIS akhirnya...

Monday, March 12, 2012

Dugaan oh dugaan

Dugaan kali ini benar2 menduga dan menguji kesabaran dan keimanan.. 
Moga Allah memberikan aku petunjuk..
moga aku diberikan kekuatan... amin..

Saturday, March 3, 2012

Selamat Pengantin Baru

Entry ni khas buat Nana

4 Mac 2012 ~ selamat pengantin baru ye NANA... sory sangat2 sebab tak dapat hadir…(sgt ralat sbb tak dapat hadir.huhu)  semoga nana &  suami akan bahagia hingga hujung nyawa..dikurniakan anak2 yang comel2 macam nana… moga Nana akan jadi isteri terbaik, solehah dan mithali buat suami..  semoga majlis nana akan berjalan lancar… Jangan lupa upload pic tau…upload banyak2..hehe..

hadiah dari trg akan menyusul kemudian yer.. hehe….  

:: sudah hampir 10 tahun kita tidak ketemukan nana ?? :: bila agaknya kita akan ketemukan? ::

Thursday, March 1, 2012

Buffered Earnings lagi lagi

:: Buffered Earnings 2012 : ke 5~ 01/03/2012 ::

:: tak sempat nak updated panjang2, masih demam selesema..huhu ::

Wednesday, February 29, 2012

29 FEB 2012

Bulan Feb dah sampai ke penghujungnya.. arini tarikh yg amat istimewa..ia dikenali jugak sebagai tahun lompat. kalu tahun2 lain, hanya ada 365 hari.. tp tahun ni ada 366 hari.. yelahkan 29 feb hanya muncul 4 tahun sekali... kena tunggu tahun 2016 pulak..huhu

Bagi yang lahir tarikh 29 Feb mesti tahun ni celebrate bday secara besar2an kan.. Member masa sekolah dulu pun ada yang lahir pada tarikh ni.. so kalu dikira tahun ni , baru 7 kali dia smbut hari lahir.. walaupun hakikatnya dah 28 tahun.. huhuhu..

29 Feb 2012 takde apa yang istimewa lagi terjadi setakat ni, cume aku tak sihat, selesema..huhu. tapi masih gagahkan diri pergi keje... :( 

:: agak2 ada tak yang kawen tarikh ni?? ::

Monday, February 27, 2012

Sabar , pasti ada ganjarannya..

kadang2 bosan dengan perangai  dan sikap manusia yang bermacam2 ragam.. 
moga2 dosa  manusia "sempurna" macam kamu akan di ampunkan.. 

:: takde mood utk menaip entry buat masa skrg:: 

Monday, February 20, 2012

Dewasakah kita ???

Dewasakah kita bila kita penat untuk berfikir, 
Dewasakah kita kerana tak ingin dihargai,
Dewasakah kita bila kita memahami sesuatu makna yang tersirat,
tetapi kita merasakan kita cukup dewasa untuk disayangi dan dicintai sejujurnya,
kita merasakan cukup dewasa untuk memahami yang hampir dengan kita,
tapi sebenarnya kita cukup dewasa untuk menipu diri kita sendiri tanpa pedulikan hati dan perasaan orang lain... 

kerana kita merasakan hanya kita yang
DEWASA..

**Hakikatnya kita
BODOH dan ANGKUH..**

Sunday, February 19, 2012

Buffered Earnings lagi

Alhamdullilah, dapat BE lagi dari en NUFFNANG.. TQ Nuffnang.. lain kali bagi la banyak lagi..  <<<< sangat menggada2 ok.., dah dapat betis nak peha pulak..haha

Apapun sgt la bersyukur sebab dapat BE lagi.. padahal bru je dapat BE  pertama..  Patut la iklan Dutch Lady Friso GUT asyik menari2 kat blog kecik ni.hehe..

tapi apepun yang ni masih lagi menari2..

Arap dapat bertahan lama kat blog ni.. makin bertambah semangat la utk berblogging.. kalu tak asyik blogwalking kat blog orang je..hehe.. tapi jarang tinggalkan jejak.. ala2 silent reader gitu.. ek eleh..haha

TQ NUFFNANG...  <<< nak lagi BE boleh..huhuhu

:: Buffered Earnings 2012 : ke 2~ 18/02/2012 ::

Wednesday, February 15, 2012

BE pertama

Semalam tergerak hati nak bukak  acc nuffnang.. yelah kan dah lama tak bukak..  Eh, ada BE la..

Alhamdulilah..  TQ Nuffnang..  :)

First time aku dapat BE.. blogger lain dah beribu kali dapat.. aku yang first time dapat ni pun nak riuh satu dunia..hahaha.. walaupun totalnya sedikit ler sgt2, tapi keterujaannya agak lebih dari biasa..hahaha..  makin bertambah bersemangat nak berblogging…. insyaALLAH, aku arap mood utk berblog sentiasa ada..

:: BE pertama 2012 - 14/02/2012 :: 

Sunday, February 12, 2012

18 tahun tanpa dia

11.02. 1996~11.02.2012

Genap 18 tahun dia pergi..  namun dia sentiasa dihati aku… tapi tahun ni, kehilangannya amat aku terasa.. aku sangat rindukan dia.. rindukan kehangatan kasih sayang dia.. Apapun aku tetap redha dengan takdir NYA.. Allah lebih sayangkan arwah wan ( nenek) tersayang.. Aku sentiasa doakan moga roh arwah wan tenang dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.. AMIN…

Dari kecil aku sememangnya rapat dan manja dengan wan.. apatahlagi tinggal serumah.. wan ke pasar, ke masjid, ke bandar..  semuanya aku ikut..  sampaikan tido pun bersama wan… dan sampai sekarang bila aku terjumpa rakan2 wan di masjid, pasti kisah wan yang mengusung aku ke mana jadi bualan..

Dan nafas terakhir wan jugak didepan mata aku.. kanak2 seusia 10 tahun yang pertama kali merasai kehilangan.. kehilangan insane yang tiada penggantinya.. sampai bila2..

Di penghujung usia wan, aku sempat untuk tunaikan tanggungjawab sebagai cucu yang paling rapat dengan dia… walaupun aku hanya berumur 10 tahun ketika tu, tapi aku terpilih utk dijadikan alas utk memandikan wan buat kali terakhir.. akan aku kenang sampai bila2..

:: wa really2 miss u wan  ::

::terjaga dari tido pukul 2 pagi.. rindukan wan.. call En Z sambil airmata ni mengalir dengan lajunya... terkejut dan hairan bin ajaib dia tetibe pagi buta aku call .. terima kasih sebab sudi dengar ngomelan sy pagi2 buta yer dear…Luv u more!!

Saturday, February 4, 2012

Cempedak oh Cempedak

Sekarang ni dah masuk musim cempedak… tp macam mane aku boleh tak sedar ek..huhu..
2 hari lepas, balik keje ptg tu aku singgah la kat gerai pisang goreng.. niat dihati mau beli  pisang goreng.. berbekalkan RM 2 kat tangan aku pun singgah le kat warung makcik masam catung tu.. *makcik tu mmg masam, apa salahnya kalu senyum.senyuman itu satu sedekah makcik!!  sebelum ni aku tak penah lagi shoping beli pisang goreng kat warung dia… Mentang2 lah ada mamat ensem ada kat warung dia tu.. aku yg tak cantik ni dipinggirkan..huhu.. aku kat depan ni, dia buat2 tak nampak plak.. padahal dah bermata 4 dah..hahaha.. aduyaii… eh berbalik kepada niat aku utk beli pisang goreng td.. dengan tiba2 aku terpandang cempedak goreng.. cempedak itu lagi mengoda selera aku berbanding dgn pisang goreng tu.. tp kat tangan aku ni ada rm 2 je..tkpelah, beli cempedak goreng jelah.. lagipun bukan ramai sgt org yg nak makan kat rumah tu.. so pisang goreng direject.. sory ye pisang..hahaha

Balik rumah,teruslah menikmati keenakkan cempedak goreng ni…  so keesokkan arinya.. dgn niatnya, balik keje nak cari cempedak goreng lagi.. kalu boleh kat gerai lain plak..huhu.taknak jumpe dah makcik tu..hahaha.. tp  apa yang dicari tidak ketemui.. yg dijumpai adalah…. Gerai buah2an yg menjual  buah cempedak.. so ape lagi.. melayang la rm 7 utk 2 biji cempedak.. rm 3 sekilo..

Sampai rumah, aku terus mengerjakan cempedak2 itu.. walaupun rupenya yang tidak menarik, tp isinya sangat sedap dan manis.. jangan pandang isi cempedak  berdasarkan rupa kulitnya..hahaha.. mak aku pun heran, tak penah2 semangat aku kerjakan cempedak sorang diri… ada satu petua.., jangan lupe sapukan sedikit minyak masak pada pisau.. supaya getah cempedak tidak melekat..aku siap sapukan minyak pada tapak tangan..

Inilah hasilnya cempedak goreng..

Dah siap goreng ni, aku sempat cakap kat mak.. “kenapa rasa cempedak macam ni??” dgn hairan mak aku tanye,” rasa macam mane??”  “rasa sedap… hahaha” sekali sekala angkat bakul..

::Tak perlu ke Teluk Cempedak utk menikmati cempedak goreng..hahaha::

Thursday, February 2, 2012

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Sumber :
 Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Konsert Muhammad Al-Ameen

kepada sesiapa yang berdekatan dengan Taman Tamadun Islam, sila lah datang beramai2

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami adalah meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KETUAAN SAYA

Daisypath Happy Birthday tickers

KETUAAN SAYANG SAYA

Daisypath Happy Birthday tickers

SEMANGAT SAYA

Daisypath Anniversary tickers